Skip to main content

Pilih lori yang betul untuk pindah juga penting agar barang kita tak rosak. Dalam lori itu tak perlu barang terlalu padat dan juga terlalu kosong. Jadi perlu pekerja yang mahir untuk menyusun barang dalam lori. Itu sebab Abg Kay nak bagi panduan memilih saiz lori untuk pindah rumah:

LORI 1 TAN

Sesuai untuk kegunaan memindahkan barang orang bujang. Contohnya orang yang duduk bilik sewa. Ada katil, almari, meja dan barang-barang dalam kotak.

Tips Pilih Lori Pindah2

LORI 3 TAN

Sesuai untuk kegunaan untuk memindahkan barang keluarga kecil dengan perabot yang sedikit dan barang-barang lain. Juga boleh untuk memindahkan barang dan perabot dari satu apartment. Tetapi barang untuk satu rumah juga boleh tapi mungkin ambil dua trip untuk angkut. Jadi lebih elok untuk terus mengambil lori yang lebih besar.

Tips Pilih Lori Pindah3

LORI 5 TAN

Sesuai untuk memindahkan barang dari 1 rumah teres 2 tingkat atau keluarga dengan anak lebih dari 3 orang. Dan juga kalau untuk pindah pejabat. Rumah banglo atau yang mempunyai perabot yang banyak dan besar memang perlu lori 5 tan.

Tips Pilih Lori Pindah4

Leave a Reply